Basal 2000®

Basal 2000®

 

PENGENALAN

Basal 2000® ini merupakan satu-satunya produk terunggul dan pertama di pasaran kerana ianya amat sesuai dan berkesan untuk dijadikan sebagai media alternatif kawalan dan pembasmi rumpai yang bersifat mesra alam.

Basal 2000® juga merupakan sebagai pelengkap industri pertanian dan perladangan masa kini yang bukan sahaja boleh menghapuskan pertumbuhan rumpai malah dalam masa yang sama ia juga dapat merawat tanah dan membantu menyuburkan tanaman secara selamat dan bebas racun. Basal 2000® adalah produk inovasi yang sangat komprehensif, mudah digunakan, lebih praktikal kepada peladang dan pengguna kerana terbukti dapat menjimatkan masa kerja sekaligus membantu mengurangkan kos penyelenggaraan ladang.  

Basal 2000® telahpun mendapat pelbagai pengiktirafan sebagai produk bebas racun dan unsur-unsur kimia lain yang merbahaya dari Pusat Racun Negara (USM), Melaka Biotech dan Era Lab Sdn Bhd (Panel SIRIM). BASAL 2000® ini juga telah dianalisa oleh FELDA Analytical Laboratory (FELDA Agricultural Services Sdn Bhd) dan makmal Felcra Plantation Services Sdn Bhd yang membuktikan ianya mempunyai unsur-unsur nutrien dan membantu meningkatkan pH tanah. 

Basal 2000® ini juga telah dianugerahkan oleh Worldwide Marketing Organization di bawah “Worldwide Quality Award xxi Century” pada tahun 2005. Sehingga kini, produk kami ini telah diguna pakai oleh petani, pekebun-pekebun kecil, agensi kerajaan, ladang- ladang swasta dan telah berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Korea Selatan, Indonesia dan Bangladesh.

Dengan menggunakan produk organik BASAL 2000® ini, ianya akan dapat membantu memelihara dan memulihara ekosistem hidupan serta alam sekitar ke arah pembangunan Pertanian dan Perladangan Lestari agar seiring dengan peningkatan pengeluaran hasil tanaman yang sihat lagi selamat.

 

3 FUNGSI DALAM 1 PENGGUNAAN

 

1) Mengering dan melemahkan pertumbuhan rumpai.

Sumber organik N yang menjurus kepada “mode of action” mampu melemahkan  pertumbuhan bagi kebanyakkan rumpai sama ada jenis rumput, rusiga, daun lebar, pakis dan lain-lainnya dengan cukup berkesan tanpa menggunakan bahan aktif, bahan lengai dan juga lain-lain unsur racun serta kimia merbahaya.  

Bertindak balas secara plasmolisis, proses ini merupakan kaedah di mana apabila BASAL 2000® diaplikasikan kepada rumpai atau tumbuhan yang berdaun hijau, ia akan menyebabkan berlakunya pergerakkan air secara “osmosis”, maka, air yang terkandung di dalamnya akan ditarik dan disedut keluar dari dalam sel ke bahagian luar sel. Seterusnya, sel “membrane” bagi tumbuhan tersebut akan mengecut dari dindingnya dan lama-kelamaan dengan ketiadaan air ia akan melemahkan fungsi klorofil, serta menjadikannya kekuningan serta kekeringan.  

Sebelum
Selepas

2) Memelihara dan memulihara pH, struktur dan tekstur tanah.

Keadaan tanah menjadi subur dan terdapat tahi cacing di permukaan tanah

Basal 2000® juga mengandungi efektif mikrob dan elemen pengapuran (lime) beserta dengan Magnesium untuk membantu memperbaiki pH, struktur dan tekstur tanah, meningkatkan kesuburan tanah, menghasilkan vitamin dan tonik yang berkhasiat untuk tanaman dengan merangsang akar terutama akar rambut untuk meresap sumber galian dan pemakanan yang sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Mengaktifkan elemen fauna di dalam tanah seperti meningkatkan pengudaraan dan mengiatkan penghidupan cacing secara biologikal sehingga mewujudkan banyak tahi cacing dipermukaan tanah. 

 

3) Membantu menyuburkan tanaman.

Oleh kerana ia di hasilkan dari bahan bio organik dan bukan organik yang mengandungi unsur mikro dan makro maka secara otomatis produk Basal 2000® dapat membantu menyuburkan tanaman.

 

 

PENGGUNAAN SESUAI UNTUK :

 SAWIT/ GETAH

 DUSUN BUAH-BUAHAN

 GAHARU/JATI/SENTANG

 PADI & SAYUR-SAYURAN (KERJA PENYEDIAAN TANAH)

 BUNGA-BUNGAAN/ LANSKAP

 PEMBERSIHAN TUMBUHAN LIAR DI PERMUKAAN KOLAM/ LOJI AIR KUMBAHAN (RUMPAIR, DUCKWEED)

 MEMATIKAN LARVA LALAT/ MENGURANGKAN BAU BUSUK KANDANG TERNAKAN

PENJIMATAN BAGI :
 KERJA PENYELENGGARAAN (PENJIMATAN KOS RACUN,   BAJA, UNSUR-UNSUR PENGAPURAN, BURUH DAN   MASA KERJA)

“SILA CUBA JAWAPAN PADA ANDA”   

HARGA : RM 115.00 (4 liter) / RM 515.00 (20 liter)

Kos Penghantaran

1. Semenanjung Malaysia :  RM 13.00 - RM 40.00 sebotol/tong 

2. Sabah & Sarawak : RM 60.00 -  RM 330.75 sebotol/tong

3. Lain-lain negara :  Caj kurier semasa